Halaman

Selasa, 21 Disember 2010

Kain Lampin Moden a.k.a Cloth Diaper

52119336_1
Kalau dengar lampin kain mesti terbayang kain putih empat segi yang sangat sangat leceh nak guna kan? sebab kena lipat, lepas tu kena pakai cover plastik dekat luar, dan yang paling tak suka adalah tak tahan lama.sekali bayi kencing, dah nak kena tukar lampin lain..tapi lampin kain ni menjimatkan kan? beli sekali tapi tahan bertahun lamanya.teringin nak guna lampin kain sebab bila dihitung hitung, tiap-tiap bulan hampir rm100 peruntukan hanya untuk lampin pakai buang, sedangkan rm100 tu boleh dilaburkan untuk keperluan lain.
JADI....penyelesaiannya...jeng jeng jeng
LAMPIN KAIN MODEN A.K.A CLOTH DIAPER
fungsinya sama macam lampin kain tradisional, yang putih 4 segi tu.tapi jauh lebih mudah dan .... lebih cantik..hehehe..jadi sambil berjimat sambil bayi boleh bergaya.. :-)
kepada yang masih tertanya-tanya apa itu cloth diaper, kat sini saya ceritakan serba sedikit ilmu mengenai cloth diaper setakat yang saya tahu.
yang pertama, macamana rupa cloth diaper ni?
09122010629
ha, inilah rupanya cloth diaper..yang sebelah kiri adalah cloth diaper, atau lebih dikenali dengan CD, yang sebelah kanan plak adalah insert.
kedua, macamana nak gunakan CD dan insert ni?
bumGenius-3_0-open-annotated-400
cara nk gunakan CD ni ialah dengan memasukkan insert ke dalam poket yang terdapat dlm CD. bilangan insert yang kita nak masukkan bergantung kepada jenis dan kekerapan kita RAJIN nak tukar CD ni.satu insert leh bertahan dalam 3-4 jam. untuk malam selalunya kita akan gunakan dua insert untuk lebih penyerapan. Sama saja macam penggunaan lampin pakai buang, cuma bezanya, CD ni kita boleh guna berulang kali setelah dibasuh dan dikeringkan.Jangan pulak kita gunakan CD yang sama sampai sehari suntuk.CD tetap perlu ditukar seperti kita menukar lampin pakai buang.dah penuh, kena tukar CD lain.CD dan insert yang kotor tadi boleh masukkan dalam baldi.seterusnya….
ketiga, macammana nak basuh CD dan insert ni?
ha, tentu semua dah tertanya-tanya macamana nak basuh CD dan insert yang dh kotor ni.untuk CD yang hanya ada air kencing bayi kita, kita hanya perlu bilas insert dan CD td hingga tiada lagi sisa-sisa air kencing.selepas itu kita boleh terus masukkan dalam mesin basuh dan dibasuh seperti biasa. tetapi jika terdapat POO POO pada CD, buangkan dulu POO POO ke dalam tandas dan sebaiknya cuba hilangkan sebanyak mungkin kesan / warna POO POO pada CD.kemudian boleh dibasuh seperti biasa. Jangan lupa ek, insert perlu dikeluarkan dari poket CD sebelum proses membasuh.
cuma, jangan gunakan sabun biasa.kita perlu gunakan sabun yang khusus untuk CD dan insert seperti Pureen HAD ataupun mana-mana sabun yang tidak mempunyai bahan peluntur atau bahan pelembut  atau bahan pewangi kerana bahan-bahan tersebut boleh mengurangkan kadar serapan insert dan boleh menyebabkan leaking. seeloknya jika membasuh menggunakan mesin basuh, gunakan laundry bag untuk mengelakkan kerosakan pada CD. Seterusnya jemur CD dan insert di bawah cahaya matahari.
jemur diaper besar
keempat, berapa banyak CD diperlukan untuk seorang bayi.
cara pengiraan ini saya dapat daripada cloth diaper malaysia,
No. of Diapers You Need =
No. of Times you Change your Cloth Diapers per day  X  No. of Days Between Washings
contohnya, kalau sehari kita menukar CD sebanyak 6 kali dan kita membasuh semua CD dalam selang masa 2 hari, cara pengiraan adalah 6x2=12keping CD. seeloknya lebihkan dalam 2-3 CD untuk kecemasan, terutamanya kalau musim hujan dan CD lambat kering.. waaaaaaaaaaa.. :-(
untuk menggunakan CD sepenuhnya, stok yang disyorkan adalah sebanyak 20 CD dan sesi pembasuhan CD setiap 2 hari.
cloth_diaper_baby
untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai Cloth Diaper ini, sila ke SUMBER ini. Selamat BerCloth Diaper… ^_^