Halaman

Selasa, 21 Disember 2010

Kain Lampin Moden a.k.a Cloth Diaper

52119336_1
Kalau dengar lampin kain mesti terbayang kain putih empat segi yang sangat sangat leceh nak guna kan? sebab kena lipat, lepas tu kena pakai cover plastik dekat luar, dan yang paling tak suka adalah tak tahan lama.sekali bayi kencing, dah nak kena tukar lampin lain..tapi lampin kain ni menjimatkan kan? beli sekali tapi tahan bertahun lamanya.teringin nak guna lampin kain sebab bila dihitung hitung, tiap-tiap bulan hampir rm100 peruntukan hanya untuk lampin pakai buang, sedangkan rm100 tu boleh dilaburkan untuk keperluan lain.
JADI....penyelesaiannya...jeng jeng jeng
LAMPIN KAIN MODEN A.K.A CLOTH DIAPER
fungsinya sama macam lampin kain tradisional, yang putih 4 segi tu.tapi jauh lebih mudah dan .... lebih cantik..hehehe..jadi sambil berjimat sambil bayi boleh bergaya.. :-)
kepada yang masih tertanya-tanya apa itu cloth diaper, kat sini saya ceritakan serba sedikit ilmu mengenai cloth diaper setakat yang saya tahu.
yang pertama, macamana rupa cloth diaper ni?
09122010629
ha, inilah rupanya cloth diaper..yang sebelah kiri adalah cloth diaper, atau lebih dikenali dengan CD, yang sebelah kanan plak adalah insert.
kedua, macamana nak gunakan CD dan insert ni?
bumGenius-3_0-open-annotated-400
cara nk gunakan CD ni ialah dengan memasukkan insert ke dalam poket yang terdapat dlm CD. bilangan insert yang kita nak masukkan bergantung kepada jenis dan kekerapan kita RAJIN nak tukar CD ni.satu insert leh bertahan dalam 3-4 jam. untuk malam selalunya kita akan gunakan dua insert untuk lebih penyerapan. Sama saja macam penggunaan lampin pakai buang, cuma bezanya, CD ni kita boleh guna berulang kali setelah dibasuh dan dikeringkan.Jangan pulak kita gunakan CD yang sama sampai sehari suntuk.CD tetap perlu ditukar seperti kita menukar lampin pakai buang.dah penuh, kena tukar CD lain.CD dan insert yang kotor tadi boleh masukkan dalam baldi.seterusnya….
ketiga, macammana nak basuh CD dan insert ni?
ha, tentu semua dah tertanya-tanya macamana nak basuh CD dan insert yang dh kotor ni.untuk CD yang hanya ada air kencing bayi kita, kita hanya perlu bilas insert dan CD td hingga tiada lagi sisa-sisa air kencing.selepas itu kita boleh terus masukkan dalam mesin basuh dan dibasuh seperti biasa. tetapi jika terdapat POO POO pada CD, buangkan dulu POO POO ke dalam tandas dan sebaiknya cuba hilangkan sebanyak mungkin kesan / warna POO POO pada CD.kemudian boleh dibasuh seperti biasa. Jangan lupa ek, insert perlu dikeluarkan dari poket CD sebelum proses membasuh.
cuma, jangan gunakan sabun biasa.kita perlu gunakan sabun yang khusus untuk CD dan insert seperti Pureen HAD ataupun mana-mana sabun yang tidak mempunyai bahan peluntur atau bahan pelembut  atau bahan pewangi kerana bahan-bahan tersebut boleh mengurangkan kadar serapan insert dan boleh menyebabkan leaking. seeloknya jika membasuh menggunakan mesin basuh, gunakan laundry bag untuk mengelakkan kerosakan pada CD. Seterusnya jemur CD dan insert di bawah cahaya matahari.
jemur diaper besar
keempat, berapa banyak CD diperlukan untuk seorang bayi.
cara pengiraan ini saya dapat daripada cloth diaper malaysia,
No. of Diapers You Need =
No. of Times you Change your Cloth Diapers per day  X  No. of Days Between Washings
contohnya, kalau sehari kita menukar CD sebanyak 6 kali dan kita membasuh semua CD dalam selang masa 2 hari, cara pengiraan adalah 6x2=12keping CD. seeloknya lebihkan dalam 2-3 CD untuk kecemasan, terutamanya kalau musim hujan dan CD lambat kering.. waaaaaaaaaaa.. :-(
untuk menggunakan CD sepenuhnya, stok yang disyorkan adalah sebanyak 20 CD dan sesi pembasuhan CD setiap 2 hari.
cloth_diaper_baby
untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai Cloth Diaper ini, sila ke SUMBER ini. Selamat BerCloth Diaper… ^_^

Isnin, 20 September 2010

Doa Buat Alanna

Hari ni bukak Facebook Hospital Bersalin.Dah lama sy tk buka page ni sejak bersalin. Masa mengandung aritu selalu la sy bukak page tu. Tetiba arini tergerak nak bukak page tu, smua gara2 Najmi.
Smalam bwak Najmi ke hosp utk TCA, psl murmur di jantungnya yg doc detect masa Najmi umur 4 hari. Doc kater murmur tu still ader, so kena jumper specialist kt HKT 5 Okt ni.. :-( ..sbb tu la sy bukak semula FB Hosp Bersalin tu, smbil bertanyakan berkenaan masalah Najmi, sempat jugak sy melihat komen2 dan berita terbaru dlm HB..
ntah camana, sy terbaca satu komen di Wall HB tentang blog bidadari kecil, Doa untuk Alanna..tergerak utk melayari blog sementara Najmi masih tidur.
Sebaik blog dibuka, terpapar gambar anak kecil yg comel dengan matanya yg bundar. Saat itu baru sy sedar, jika sy menyangka kerisauan sy mengenai murmur di jantung Najmi sudah berat, rupanya apa yang ditanggung oleh mumy & Dady Alanna beribu kali ganda lebih berat. Menitik air mata saat membaca setiap entri oleh mumy & Dady Alanna. Kagum dengan semangat dan kekuatan mereka menjaga anak yang sakit sehingga saat anak kesayangan mereka menghembuskan nafas terakhir dlm usia yang sgt sgt mentah. Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka dalam menghadapi kehilangan bidadari kecil mereka, Alanna.Amin.

Bintang Yang Mengenal Lagi Bijaksana - Muhammad Arif Najmi

Muhammad Arif Najmi - Permata Hati Ibu. Setelah 3 hari induce, ibu selamat melahirkan permata hati ibu ni pada 28 ogos 2010, jam 5.40 petang.
Lenanya tidur, masa ni dah balik kampung. tk sabarnyer nk tunggu Najmi ni besar, masa lahir 2.45 kg. timbang masa 20 hari dah 3kg.Kuat nyusu anak ibu ni.. :-)

Sabtu, 31 Julai 2010

HERO

sesapa yang suker kucing n biasa layan facebook n youtube, mesti kenal ngan kucing kudung yg femes, HERO..
kisah dia bermula biler tuan punyer si hero ni jumper hero yg dh kena potong kaki depannya…sedih sgt tgk video dia…tp lg terharu biler tgk dari HERO ni tk leh bgn sampai le skrg dia dah leh lompat cam kanggaro..
Insaf jap biler tgk kesabaran tuan yang jaga HERO ni, aku lak kalo kucing umah wat perangai dah hangin..marah2 lepas tu nyesal..huhuhuhu tak tau la kucing2 aku tu kecik ati tak ngan aku ni..:-(
sesapa yang tahu perkembangan terkini si HERO ni, leh klik  kat SINI atau klik kat link yang ader kat FAV BLOG hamba tu ek..yg tajuk HERO the femes cat..hehehe

Jumaat, 23 Julai 2010

Terapi Renang & DuckTour – 8 Julai 2010

Murid-murid PPKI SK Limbongan menjalani Terapi Renang di Kompleks Renang MBMB dan menaiki DuckTour Melaka…Enjoy the Pics.. ^_^

IMG_1187

Tgh menunggu nak masuk kolam..yea yea

IMG_1212

Sesi memanaskan badah sblum terjun kolam…yahoooo

IMG_1217

Kumpulan kecil dlm kolam yg …ermmmm…tk berapa nak dalam ler..

IMG_1232

Coach renang Kompleks Renang MBMB sedang mengajar teknik kicking dlm air..jgn ingat main terjun kolam jer tau..

IMG_1252

dh penat main air, kiter mkn lak dulu…nyum nyum nyum

IMG_1303

Bot yg leh jln atas jalan raya n dalam air…atas darat cm pelan skit dr ITIK, dlm air ….berdesup poginyer..hehehe

IMG_1306 IMG_1308 IMG_1310 IMG_1311 IMG_1313 IMG_1319 IMG_1330

kapten tgh bg penerangan…

kt bawah ni lak, CEO DuckTour yg sudi meluangkan masa menemani kanak-kanak istimewa PPKI SK Limbongan menaiki DuckTour ni untuk pertama kalinya.

 IMG_1332 IMG_1389 IMG_1396 IMG_1402 IMG_1435

Selesai program hari ini..fuhhh…

n seperti biasa, cikgu eiyta tak ikut sbb kna g check up..huhuhu..

Ahad, 11 Julai 2010

My Lovely Lovely Cats & Kittens

02072010266

Time nak balik kampung..huhuhu..berpeluh nak kumpul masuk keta..

12062010230

New Collections..hahaha                                                                                  Si Kechik dengan 6 ekor anaknya..terkejut beruk masa tgk anak2 dia lepas dia beranak aritu…

11072010273

Dak Kitty tgh meluruskan tulang belakang, kalo dah ngantuk, terlentang gini pun dia leh tido..zzzzzzzzzzzzzzzzzz

15062010242

Ni Lak time Dak Kitty meluruskan kaki..ala-ala superman gitu..hehehe ^_^

Sabtu, 10 Julai 2010

Kebun Mini PPKI SK Limbongan –1 Julai 2010

Actually sesi ni dah lam dh, tp baru ader chance nk upload kt blog..
01072010255 Cikgu Rini sedang menggembur tanah yg dah lama kering kontang..nasib baik smlm ujan kan..hehehe
01072010256
Dah cantik batas…
01072010257
Tengah khusyuk membina batas.. N seperti biasa, gambo Cikgu Eiyta jgak yg tk ader..hampeh tul la..