Halaman

Isnin, 20 September 2010

Doa Buat Alanna

Hari ni bukak Facebook Hospital Bersalin.Dah lama sy tk buka page ni sejak bersalin. Masa mengandung aritu selalu la sy bukak page tu. Tetiba arini tergerak nak bukak page tu, smua gara2 Najmi.
Smalam bwak Najmi ke hosp utk TCA, psl murmur di jantungnya yg doc detect masa Najmi umur 4 hari. Doc kater murmur tu still ader, so kena jumper specialist kt HKT 5 Okt ni.. :-( ..sbb tu la sy bukak semula FB Hosp Bersalin tu, smbil bertanyakan berkenaan masalah Najmi, sempat jugak sy melihat komen2 dan berita terbaru dlm HB..
ntah camana, sy terbaca satu komen di Wall HB tentang blog bidadari kecil, Doa untuk Alanna..tergerak utk melayari blog sementara Najmi masih tidur.
Sebaik blog dibuka, terpapar gambar anak kecil yg comel dengan matanya yg bundar. Saat itu baru sy sedar, jika sy menyangka kerisauan sy mengenai murmur di jantung Najmi sudah berat, rupanya apa yang ditanggung oleh mumy & Dady Alanna beribu kali ganda lebih berat. Menitik air mata saat membaca setiap entri oleh mumy & Dady Alanna. Kagum dengan semangat dan kekuatan mereka menjaga anak yang sakit sehingga saat anak kesayangan mereka menghembuskan nafas terakhir dlm usia yang sgt sgt mentah. Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka dalam menghadapi kehilangan bidadari kecil mereka, Alanna.Amin.

Bintang Yang Mengenal Lagi Bijaksana - Muhammad Arif Najmi

Muhammad Arif Najmi - Permata Hati Ibu. Setelah 3 hari induce, ibu selamat melahirkan permata hati ibu ni pada 28 ogos 2010, jam 5.40 petang.
Lenanya tidur, masa ni dah balik kampung. tk sabarnyer nk tunggu Najmi ni besar, masa lahir 2.45 kg. timbang masa 20 hari dah 3kg.Kuat nyusu anak ibu ni.. :-)